Perbezaan Window 7 Antara Versi

Starter Edition
Edisi ringan untuk komputer netbook. Netbook adalah komputer bertenaga
rendah yang khusus direka untuk tugas-tugas ringan seperti browsing web
dan email. Dalam edisi ini, ciri Windows 7 agak tidak berapa menarik
kerana banyak kekurangan fungsi seperti Media Center, Aero Glass, fast
user switching, sokongan multi-monitor, DVD playback, dan sokongan
multitouch. Edisi ini bertujuan untuk menggantikan Windows XP pada
komputer murah seperti netbook, pada masa ini pasaran ini di dominasi
oleh Windows XP.
Home Basic
Edisi ini ditujukan untuk
pasaran baru sahaja iaitu untuk pelanggan yang mencari pengalaman baru
Windows pada harga murah (sokongan Aero terhad, tidak ada fungsi seperti
Windows Media Center atau sokongan multitouch).
Home Premium
Edisi ini direka untuk pengguna di rumah. Fungsinya pula merangkumi
seperti Media Center, sokongan multitouch, Aero Glass UI, dan
sebagainya.
Professional
Edisi ini direka bentuk untuk
bekerja di rumah dan perniagaan kecil, dan fungsi merangkumi backup
rangkaian maju dan Encrypting File System.
Enterprise
Fungsinya meliputi semua yang terdapat dalam Profesional dan tambahan
perlindungan BitLocker. Ini mempunyai pilihan untuk menyulitkan USB
flash drive dan hard disk luaran. Ini juga mempunyai DirectAccess, yang
membolehkan pekerja remote untuk mengakses rangkaian syarikat tanpa
menggunakan VPN, dan carian bersekutu.
Ultimate
Fungsinya meliputi semua ciri-ciri yang tersedia pada Windows 7. Windows
7 edisi Ultimate adalah benar-benar sama dengan edisi Enterprise.
Perbezaan utama adalah edisi Enterprise akan dijual melalui lesen pukal
untuk syarikat, juga melalui program Software Assurance. Edisi Ultimate
bagaimanapun, disediakan untuk pelanggan runcit.
Catat Ulasan
0 ulasan: