Isnin, 22 Oktober 2012

HARD DISK PERTAMA DI DUNIA

 
 
Kita sepatutnya berterima kasih kepada rakyat di IBM kerana teknologi Hard Disk semakin berkembang sejak mula diperkenalkan kira-kira setengah abad lalu serta dapat mengubah kehidupan kita. Hard Disk pertama yang dipanggil dengan nama 305 RAMAC. Ia diciptakan kepada dunia pada 4 September 1956.

Hard Disk tersebut mempunyai kapasiti 5MB sahaja. Hanya mampu menyimpan 1 f
ormat lagu MP3.

305 RAMAC mempunyai berat sebanyak 1 tan sehingga terpaksa hantar menggunakan perkhidmatan perkapalan. Hard Disk 305 RAMAC telah ditempatkan di muzium tetapi ia menakjubkan kerana telah berevolusi dari sebesar peti ais sehingga la sebesar tapak tangan kita serta mempunyai prestasi yang lebih jauh.

IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956 Spec:

Capacities: 4,8 MB
RPM: 1200 RPM
First User: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
Total Unit Released: Over 1000 units until 1961.
 
 

Laptop pertama

Zaman era globalisasi ini, dunia dibanjiri dengan penggunaan laptop dari segenap lapisan umur.Beberapa tahun yang lalu, kebanyakan dari kita hanya mengenali komputer dekstop dengan casing dan monitor yang besar.Namun dengan kecanggihan dunia teknologi yang bergerak pantas,secara majoritinya penggunaan laptop lebih terkehadapan kerana ianya lebih mudah untuk di bawa kemana-mana.

Namun tahukan anda
bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan di dunia?

Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 .Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh digunakan.

Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.
 
 

Perbezaan Window 7 Antara Versi

 
 
Starter Edition

Edisi ringan untuk komputer netbook. Netbook adalah komputer bertenaga rendah yang khusus direka untuk tugas-tugas ringan seperti browsing web dan email. Dalam edisi ini, ciri Windows 7 agak tidak berapa menarik kerana banyak kekurangan fungsi seperti Media Center, Aero Glass, fast user switching, sokongan multi-monitor, DVD playback, dan sokongan
multitouch. Edisi ini bertujuan untuk menggantikan Windows XP pada komputer murah seperti netbook, pada masa ini pasaran ini di dominasi oleh Windows XP.

Home Basic

Edisi ini ditujukan untuk pasaran baru sahaja iaitu untuk pelanggan yang mencari pengalaman baru Windows pada harga murah (sokongan Aero terhad, tidak ada fungsi seperti Windows Media Center atau sokongan multitouch).

Home Premium

Edisi ini direka untuk pengguna di rumah. Fungsinya pula merangkumi seperti Media Center, sokongan multitouch, Aero Glass UI, dan sebagainya.

Professional

Edisi ini direka bentuk untuk bekerja di rumah dan perniagaan kecil, dan fungsi merangkumi backup rangkaian maju dan Encrypting File System.

Enterprise

Fungsinya meliputi semua yang terdapat dalam Profesional dan tambahan perlindungan BitLocker. Ini mempunyai pilihan untuk menyulitkan USB flash drive dan hard disk luaran. Ini juga mempunyai DirectAccess, yang membolehkan pekerja remote untuk mengakses rangkaian syarikat tanpa menggunakan VPN, dan carian bersekutu.

Ultimate

Fungsinya meliputi semua ciri-ciri yang tersedia pada Windows 7. Windows 7 edisi Ultimate adalah benar-benar sama dengan edisi Enterprise. Perbezaan utama adalah edisi Enterprise akan dijual melalui lesen pukal untuk syarikat, juga melalui program Software Assurance. Edisi Ultimate bagaimanapun, disediakan untuk pelanggan runcit.